Selasa, 2 September 2008

Asas perubahan tingkahlaku bermula dengan pembersihan jiwa (diri)


3 ulasan:

Unknown berkata...

apa pendapat En, seseorg itu dianggap atau ditafsir peribadinya dgn pelbagai andaian negatif oleh masyarakat yg baru dikenalinya. pada hakikatnya kesemua tafsiran yg dikemukakan oleh kelompok baru itu kpd dirinya adalah slh sama sekali. atas tafsiran itu jugalah, dia dipandang serong oleh kelompok itu padahal dia tidak pernah melakukan apa2 kesalahan kpd mrk. mungkin krn sifatnya yg spt 'hidup di dlm dunianya sendiri', kelompok itu 'curious' untuk membuat pelbagai andaian terhadap dirinya. tapi itu tidak bermakna dia adalah seorg yg sombong. jika dikenal peribadi sebenarnya dia adalah seorg yg kelakar dan menghiburkan. tetapi apa yg mengganggunya ialah andaian itu telah memburukkan reputasinya. dan dia mula berasa 'rimas' berada dlm masyarakat sedemikian rupa. andaian negatif itu pada mulanya tidak diketahui olehnya, tetapi berjaya dihidu olehnya apabila seseorg dlm kelompok itu memberitahu tanggapan sebenar kelompok itu akan peribadinya. apa yg tidak disangka2kan, andaian negatif ini bermula apabila rakan yg dianggap boleh berkongsi pelbagai cerita, telah menyebarkan hal peribadinya kepada kelompok itu. akhirnya pelbagai spekulasi dan andaian ditimbulkan oleh kelompok itu kepada dirinya. dia merasakan agak menyesal berkongsi cerita dgn rakannya itu. kadangkala adalah dilihat tidak adil andaian negatif itu dibuat kepadanya sedangkan dia telah bnyk membantu kelompok itu melakukan apa2 kerja yg sudah mereka ketinggalan. jadi, pada hemat En apakah jalan terbaik untuk membersihkan reputasinya, atau adakah dia hanya perlu berdiam diri?

CIKLI berkata...

Assalamualaikum, milo..
Apa khabar hari ni.. sihat..ibadah macam mana.. moga ramadhan kali ini benar2 mengurniakan 'hadiah taqwa' kepada tn. insya allah .Firstly cikli nak ucapkan ribuan terima kasih atas kujungan dan ulasan tn.cikli cuba memahami dan merasai apa yang sedang dialami oleh tn sekarang.
Sebelum berbicara panjang, ciki nak buat sedikit rumusan ttg apa yg cikli faham ... Tn merupakan'ahli' baru dalam satu kelompok masyarakat /kumpulan/ jamaah. Sebagai ahli baru yang baru hendak memahami masyarakatnya.. baru ingin mengenali hati budi dan personalti ahli kelompok, tn sering berdiam diri, hanya mendengar dan kurang beromunikasi.Atau mmg sifat tn yang hanya menunjukan kemesraan pada mereka yg benar2 tn rapat dengannye. Sbagai ahli baru sudahtentu tinggi harapan tn untuk diterima kewujudan tn dalam kelompok tersebut. Rasa diterima oleh kelompok itulah kebahagiaan yang diharapkan.

Namun tn rasa terkejut dan diluar jangka apabila ada rakan yang menyatakan tn sebenarnye 'dikata' dibelakang dengan pelbagai tanggapan negatif yang sama sekali tidak betul. Perkara ini membuatkan tn rasa sedih dan amat kecewa.
Kesinambungan dari peristiwa ini tn lantas membuat 'generalisasi' bahawa semua ahli kelompok tersebut satu pendapat, satu persepsi dan satu kepercayaan yang diri tn memang betul seperti tanggapan negatif tadi. Pemikiran yang tn bentuk ini akhirnya meningkatkan tekanan dalam fikiran dan perasaan tn.. mewujudkan rasa dipinggir/dipulau, hidup keseorangan dan seolah2 keikhlasan tn membantu selama ini dipertikai. Terkadang timbul rasa ingin 'menjaukan diri'atau meninggalkan kelomok ini.. namun dengan kematangan dan kesabaran yang ada tn berfikir mendalam apakah langakah yang paling bijak boleh tn lakukan......

ok.. berdasarkan latar belakang peristiwa sya membuat kesimpulan yg skarang tn sedang berhadapan dengan 2 konflik. 1) Rasa tidak puas hati, kecewa dan marah dengan rakan yg menjadi tempat mengadu yg akhirnye menyebarkan fitnah 'cerita palsu' kepada kelompok. 2)Rasa dipulau/dipandang serong oleh keseluruhan ahli kelompok berpunca dari persepsi mereka yang salah.

Kita fokus pada konflik 1: Rasa sedih, kecewa da marah pada rakan yang pada mulanya menjad tempat mengadu tetapi akhirnya menyebarkan cerita tidak benar. Sebagai seorang manusia biasa sememangnya normal bagi tn untuk rasa sedemikian. itu adalah hak tn untuk rasa begitu. Sebagai manusia tn ingin memiliki rakan yang yang boleh memahami, boleh dijadikan tempat rujukan, rundingan dan tempat mengadu.Dan ciri individu seperti ini biasanya kita tanggapi dan harapkan sebagai seorang yang jujur, iklahs dan paling penting amanah menjaga kerahsiaan dan maruah kita.( inilah hasrat dan harapan tn pada rakantersebut) tapi sebaliknya perkara bertentangan yang berlaku.. rakan ini bukanlah seoran yang 'al amin' bahkan dia bertindak menyebarkan 'cerita bohong' kepada kelompok. Rasa kecewa bercampur marah timbul kerana apa yang tn harapkan ( rakan yang amanh ) tidak tn perolehi, sebaliknya (rakan yg khianat) yang sedang tn hadapi. Dalam Islam ia mengajar kita untukmenjaga maruah memelihara aib saudara kita dan harap mengumpat apatah lagi memfitnah. Tn menerima rakan itu seikhlas mungkin pada mulanya, itulah yg dituntut agama. Tn percaya dan bersangka baik padanye pada awalnye itulah yang diajarkan oleh nabi... Tn telah berada di jalan yang betul...Allah mengetahui apa yang berlaku allah memahami dan melihat apa yang tn lakukan. Sekiranya apa yg tn lakukan betul tndibawah keredhaan Allah (itulah matlamat hidup insan yg mencari keredhaan Allah .. insan yg ikhlas).
Namun dalam realiti kehidupan memang ada pelbagai jenis manusia.. adayang jujur, adayang amanha.. ada yang khianat.. ada yang fasik ada yang munafik dll..terimalah hakikat yg tn sedang berhadapan jian berinteraksi dgn orang yg tidak jujur.. diayang tidak jujur bkn tn yang tidak jujur.. walaupun reliti nampak macam dia yang menang dan dipercayai olhkelompok namun hakikatnya adakah di dtempat yang Allah Redha?(cuba jawab dalam hati) Cukuplah Allah sebagai pelindungku. Pesanan : Tn akan rasa gelisah jika keredhaan manusia yng tn cari.. tn akan rasa selesa jika kerehaan allah yg tn harapkan.

2: Rasa dipulau/dipandang serong oleh keseluruhan ahli kelompok berpunca dari persepsi mereka yang salah.
Dalam hal ini pertamanya tn telah membuat 'generalisasi' kepada semua rakan dalan kumpulan. memang rakan anda itu senior dalam umpulan namun tidak semua ahli kumpuan akan berpegang pada berita yang tak pasti apatah lagi tiada bukti.. tidak semua orang rela menjadi tidak jujjur, menjadi tukang umpat dan penyebar cerita tidak betul. Cuba letakkan diri tn dalam kalangan salah seorang dari kelompok yg senior itu (adakah tn hendak menerima bulat2 apa yg tn dengar).. fitrah manusia pasti menjawab tidak mahu..maknanye ramai lagi ahlikelompok disitu yg tidak 'bersekongkol ngan rakan anda tadi'.
Jika benar ada ahli kelopok yang sudah/ hampirpercaya dengan cerita negatif tadi itu juga ada kemungkinannya. dalam hal ini saya melihat dari sudut berikut:

(a)Peristiwa tn dipandang serong oleh ahli kelompok menyebabkan (c)iaitu rasa tertekan, rimas, dan tergangu.
Sebenarbya rasa tertekan, rimas dan tergangu (c) itu bukan berpunca dari (a) tetapi berpunca dari, tn percaya mereka mempercayai berita tersebut, ingin menyiasat dan ingin memulaukan tn(b).
Pada pandangan saya mungkin tn boleh melihat dari perspektif ini : jika ada satu berita sensasi sudah pasti ramai yang berkeinginan mengetahinya dan bercerita ttgya . Dan hasil dari ini ada sebahagian mereka yang inginkan kepastian, kebenaran dan bukti.Sebab berpegang pada cerita salah apatah lagi mengiyakan dan menyebarkannya adalah dosa.. rasanye ramai lagi yang akan berpegang pada prinsip ini.(tn bagaimana.. kalau berada dalam ahli kelompok itu apa stand tn).
Sebenarya mereka bercerita, bertanya ttg hal tn ini adalah untuk mencari kepastian, kebenaran.. bukan ntuk percaya bulat2,menyiasat untuk semata2 menyalahkan tn dan seterusnya memulaukan tn. Tapi sebenarnya mereka mencari kebenaran. Bla da yg bertanya pada tn terimalah mereka sebagai orang yg juur dan mencari kebenaran bukan untuk menjatuhkan kesalahan ada tn. Kalau tn berpegang mereka ingin menjatuhkan kesalahan pada tn sudah pasti awal2 lagi tn akan mempertahankan diri.. berkeras , bertegang mungkin menyerang kembali.. (bukan memberi penerangan)Jika tn berpegang pada mereka sebenarya mencari kebenaran tn akan berhadapan dengan mereka dengan rasa hormat dan gembira. maka akan terserlahlah budi pekerti mulia dalan berbicara. Dan hasilnya pasti lebih baik lagi.

Kesimpulan: Hidup dalam masyarakat merupakan satu proses mengenalidiri dan megenali persenaliti rakan lain dalam kelompok. Sememangnya ahli kelopok ada kecederungan untuk berpegang pada nilai kelompok tetapi setiap mausia/ individu juga memiliki fitrah kemanusiaan yang cederung kuat untuk mencari dan berpegang kepada kebenaran.

Semoga sejahtera.senyum selalu.

Unknown berkata...

wassalam, En Rosli. alhamdulillah, semua berjalan lancar. tn apa khabar? harap sihat juga.

terima kasih atas ulasan tn. ya, saya rasa agak terkilan sedikit dgn apa yg berlaku. tapi tak mengapalah, pengajaran untuk saya agar lebih berhati2.

terima kasih sekali lagi & semoga sejahtera juga.