Khamis, 16 April 2009

'How To Be A Diffrent Adult'?



Menjadi Dewasa yang Berbeza pada pandangan remaja merupakan satu tugas yang istimewa bagi seorang kaunselor pelajar. Menjadikan diri yang sedia dewasa, menurunkan pola komunikasi dan meningkatkan tahap empati disamping menambah pengetahuan budaya alam remaja menjadi asas kepada persediaan diri menjadi ' a diffrent adult ' , pada pandangan remaja .( Ikuti rencana khas topik ini.)

Ahad, 12 April 2009

JANGAN BERSEDIH " LA TAHZAN"


Hari ini milik anda.

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang

Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini saja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda,sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi pada masa itu,dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.