Selasa, 26 Ogos 2008

BICARA 1 : Apa ertinya saya seorang Islam


" Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun. Buktinya jelas padakejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Adalah mustahil sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa.


Sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan-tuhan selain Allah tentulah kedua-duanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arasy daripada apa yang mereka sifatkan. (Al Anbiya' 21 : 22) "


Komentar : Bagi kepercayaan dan kefahaman seorang muslim, segala yang wujud di alam ini ( bumi, planet, angkasalepas, dan dirinya) adalah dicipta oleh Allah swt. Ia bukan sahaja dicipta malahan ditadbir, disusun atur dan dikendalikan menurut perintah dan kehendak Allah yang Kuasa dan Satu (Esa).

Muslim (manusia) memahami bahawa segala sesuatu datangnya dari Allah, tuhannya. Datangnya itu mungkin berupa kesusahan atau pun kesenangan. kesusahan seperti kematian, kegagalan, kehilangan dan sebagainya. Kesenangan pula mungkin berupa kejayaan, kelahiran anak, kenaikan pangkat, kejayaan dalam peperiksaan dan segala yang menggembirakan hati seseorang.

Seorang manusia muslim percaya segala yang datang dari tuhan itu adalah kebaikan baginya dan penuh hikmahnya walaupun secara zahirnya ia memeritkan (kesusahan). Namun ukuran kejayaan, kecemerlangan seorang manusia itu bukan dilihat dari banyaknya kesenangan yang diperolehi tetapi bagaimana ia bersabar, redha dan taatnya seseorang tadi dalam menghadapi segala ujian yang diberikan( samada kesenangan / kesusahan). * Allah tidak melihat harta atau rupa paras kamu tetapi yang tinggi darjatnya di sisi Allah ialah yang paling Bertaqwa.
Para pembaca dijemput membuat ulasan.

1 ulasan:

Ummu Ihsan berkata...

Salam alaika cikli,
ummi fikir apa yang cikli bincang ni sgt relevan jika kita tinjau semula sirah perjuangan Rasul tercinta (SAW). Segalanya bermula dengan 'simpulan kepercayaan' (aqidah). Hebat sungguh baginda! Dalam berdakwah hikmahnya berpandu psikologi mengenal manusia itu sendiri. 13 thn di Makkah hanya aqidah yang dipasak,akhirnya berjaya indoktrinasi tersebut hingga produknya ialan kualiti peribadi sahabat2 yang sangat luar biasa!

Sama gak cam kaunseling kita kan? kenapa sibuk nak buat'self-disclosure', nak beri alternatif, nak tolong selesai isu itu ini...jika prasyarat pertama ini xselesai, iaitu kepercayaan klien samada kepada dirinya sendiri @ kaunselor, maka agak mustahil langkah-langkah yang berikutnya hendak berjaya.

Aqidah ini maksudnya 'simpulan'. Ada mcm2 jenis simpulan juga dan mcm2 jenis tali boleh diguna untuk simpul/ikat benda. Maka disinilah dtgnya rububiyah, uluhiyah dan asm' wassifat. Diplomasi sungguh Tuhan menyiratkan konsep2 psikologi dalam tauhid ini. Rububiyah ini sgt sesuai untuk pasak awal pada ank2 kita, kerna wujudnya elemen perkara maujud ('concrete'). Ank2 kecil mudah faham jika boleh nampak, boleh pegang, boleh rasa, boleh hidu dan boleh sentuh. 5 senses ini kita guna untuk instill aqidah/tauhid. Percaya bahawa Allah ada dan Allah hebat mencipta makhluk dan segala isi langit dan bumi. Ank2 kecil xfhm jika kita suruh di rindu tuhan, kasih tuhan dan terima ketentuan tuhan...itu wujud dalam tahap kedua...'uluhiyyah'. Bila anak2 dah matang fakulti mentalnya, boleh berimaginasi perkara tidak maujud, contoh ruhdsbnya...kita indoktrin pula uluhiyyah.

Asma' wassifat ini pula kita jadikan ritual/rutin/basahan lidah sambil diberi penerangan maksud setiap satunya. Asma' Allah ini adalah fitrah yang sudah sedia ada dalam diri ank2 sejak lahir, kita teguh dan mantapkan melalui pengajaran akhlak melalui pembiasaan beradab dalam urusan seharian...Cantik sungguh ISLAM!

Maka, ummi yakin ank2 ini x mudah goyah, mapan dan berjiya mukmin yang akhirnya lahirlah IHSAN dalam diri. dari sinilah pula datanganya spiritual quotient yang mantap...
Renungkan...
-ummuihsan