Isnin, 22 September 2008

" Saat itu siapakah Aku?"

"Dahulu.. saat itu... sekarang"

Dahulu aku remaja biasa,
Ada ayah tetapi ibu sudah tiada,
Pergi dan balik sekolah seperti biasa,
Matlamat hanya satu ingin menjadi pelajar berjaya,

Saat itu aku semakin matang,
Adakalanya susah kadang2 senang,
Jiwa semakin terang hati makin lapang,
Dibimbing rakan dinasihati abang,

Sekarang keadaan makin berubah,
Ujian datang terasa susah,
Waktu diri seakan ingin rebah,
BantuanNya hadir mengubat resah,

Dahulu kebimbangan tidak menggoncang hati,
berjayakah dalam peperiksaan mampukah ke universiti,
Kawan menghibur datang bersiri,
Terkadang terlupa diri kan mati,

Saat itu hadir mengubah zaman,
Kepala dililit dengan sunah serban,
Islam dan iman itulah perjuangan,
terkunci di hati di situ disimpan,

Sekarang sudah bergelar pendidik,
Ada keluarga, rumah dan kereta pun cantik,
Moga akal dan diri dikerah di setiap detik,
Agar Islam dipandang menarik,

Dahulu sungguh sudah berlalu,
Saat itu hanya tinggal sejarah,
Sekarang, realiti yang sedang berlaku,
Moga berjaya, kepadaNya diri ku serah

Nukilan hati.
23 Ramadhan 1429

5 ulasan:

azza_irah berkata...

salam ziarah..
dulu n sekarang mmg takkan sama..
masa menginjak membuat kita lebih bijak menilai diri..membuat akal kita pantas dlm mencari penyelesaian terbaik..

CIKLI berkata...

setuju.. seharusnya, sekarang hendaklah lebih baik dari dahulu..tetapi terkadang perlu merenung masa dahulu agar tidak tersasar dari matlamat yang murni(asas) perjuangan hidup pada masa sekarang..

AFITI berkata...

salam..cikli..pengalaman yang dilalui itu ialah ibara butir permata yang dikutip setiap kali kita melaluinya..jika melaluinya tanpa apa-apa@kosong..kita tidak akn mnjumpai permata itu...namun,jika lalui dengan kekuatan...ingin mencapai target utk tiba di dstinasi melalui lorong-lorong itu..sudah pasti...niat untuk mendapatkan permata itu juga dapat diperoleh..kerana permata itu ialah bekalan untuk sinar ke didestinasi yang ditujui..itulah yang dimakan hidup kerana pengalaman yang memantangkan...Hebatnya Dia memabntu kita melalui lorong-lorong itu...Apabila kemudia hari ada pula lorong yang perlu dilalui..maka bekalan dan hasil daripada kutipan berlian di lorong pertama dilalui itu...maka berlian itu juga yang akn mmbntu...semuanya kerana...pengalaman guru terbaik kehidupan...tmer kasih..yer...

Afiti

CIKLI berkata...

wah afiti , tingginya falsafah awak.. bagus!

AFITI berkata...

huhu...tmer kasih cikli...budak baru belajar ini memang minat falsafah...bukannya falsampah..huhu..nnti komen2 lg la n bg pdgn kt blog sy yer...hehe