Isnin, 1 September 2008

PENGISIAN RAMADHAN


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.

1-Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.

2-Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

3-Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

4-Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.

5-Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

3 ulasan:

milo berkata...

salam En Rosli. bagaimana caranya menghadapi seseorang yang bersifat panas baran? walaupun melakukan kesalahan yg kecil, insan begini akan memperbesarkannya. walaupun dijelaskan perkara yg sebenar kepadanya, nampaknya dia masih tidak mahu mengaku salah. kadang kala meninggikan suara di khalayak ramai tanpa memikirkan perasaan org sekelilingnya. perkara seumpama ini berterusan berlaku di bulan ramadhan dan nampaknya pengisian ramadhan seperti tiada padanya untuk lebih banyak bersabar dan jika tersilap, menegur dgn cara yg baik.

CIKLI berkata...

w'salam.Milo apa khabar? mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam.
Dalam kehidupan kita sememangnya banyak cabaran dan ujian yang disediakan kepada kita . Segalanya adalah untuk menguji bagaimana kita berhadapan dengan ujian tersebut, adakah dengan cara yang baik dan bijaksana ataupun cara yang jauh menyimpang dari jalan yang lurus (jalan yang diajar oleh nabi dan panduan hidayah dari Allah)...Allah menguji kita untuk Dia mengetahui siapakah yang lebih baik perbuatannya..

Salah satu ujian kita diatas muka bumi ini adalah berhadapan dengan pelbagai ragam manusia, personaliti, dan fahaman cara hidup yang berbeza2.

Krisis, ketegangan, konflik akan berlaku sekiranya berlaku pertembungan diantara dua nilai yang berbeza. Contohnya A berpegang dengan nilai 'kita mesti menjaga hati orang lain walau dimanapun kita berada' B pula berpegang dengan nilai untuk mencapai suatu objektif jangan terlalu menjaga hati orang.

Bagi A: orang yang baik adalah yang menjaga hati orang lain
bagi B : orang yang baik dan berjaya jangan hiraukan sangat hati oarang.
* apabila berlaku pertembungan seperti ini maka akan berlakulah konflik nilai. Rentetan dari ini dua individu ini akan menjauhi antara satu sama lain. Atau seorang akan rasa berkuasa jika dia 'menang' dan seorang akan rasa tidak puas hati, tertekan, marah dan sebagainya kerana dia 'kalah' dalam hubungan tadi.
Orang yang menang tadi biasanya ia lebih kuat dan berkuasa untuk memberi tekanan kepada yang satu lagi .
Biasanya individu yang 'kalah' akan bertindak balas dengan melepaskan tekanannya kepada individu lain yang lebih lemah seperti rakan, anak , yang berada dibawah kuasanya. Ataupun dengan cara menangis, memukul sesuatu objek yang tidak melawan semula.

Mengikut perspektif Islam : Ia mengajar kita dengan BERSABAR sebagai step pertama. Tidak memberikan respon spontan terhadap tekanan negatif yang dialami samada respon itu berbentuk kata2, atau perbuatan. Sabar 'pause' adalah satu kaedah bagaimana menahan emosi negatif dengan menggantikannya denagn mewujudkan daya fikir yang berlandaskan nilai yang baik(selaras dengan islam. Prinsipnya : Apabila emosi menguasai.. akal dikuasai, dan apabila akal menguasai... emosi dikuasai. Sifat marah, memaki, memperlekeh atau merendahkan orang lain adalah emosi.Jika emosi menguasai, sifat tersebutlah yang akan dipamerkan melalui tingkah laku.
Sebaliknya jika akal menguasai tindakan seorang itu lebih rasional, hikmah dan tidak keterlaluan.

Islam mengajar dan mendidik kita melalui puasa, kita terlatih untuk memperkuatkan sifat sabar, lantas dengan sifat sabar tadi akal manusia akan lebih kuat dan menguasai tingkahlaku. Tetapi ramai umat islam yang tidak memahami, menghayati dan bersungguh2 menghayati tuntutan puasa itu apatah lagi bermujahadah melemahkan hawa nafsunya yang negatf.
Untuk berhadapan dengan individu seperti ini :
1) sabar - tidak melawan hujah2 nye ketika berinteraksi dengannya.hanya dengar, menganggukkan kepala. Jika dia memberi ruang kepada kita untuk memberikan penjelasan barulah kita beri penjelasan. Kaedah ini sesuai jika orang tersebut lebih tinggi kedudukannya dari kita.

2)Menerima dirinya seadanya - sifat panas baran tadi sudah menjadi darah dagingnya, sudah terpupuk lama dalam hidupnya melalui pendidikan informal yang diperolehi dari pesekitarannya.Dalam hal ini sudah pasti untuk mengubahnya juga memerlukan masa yang lama dan sukar.Tn tak perlu memikirkan bagaimana untuk mengubah dirinya dengan segera, yang penting Tn mengubah diri Tn supaya menerima dirinya seadanya. Jangan paksa dia mengubah diri mengikut nilai Tn.

Muhasabah diri : Ini bermaksud katakan pada diri kita aku melakukan kerja ini kerana Allah... buat yang terbaik yang aku mampu.. Allah mengetahui apa yang kita hadapi dan apa yang kita lakukan.Kalau dia 'bersalah' pada pandangan kita , tugas kita hanyalah menyampaikan padanya ttg pandangan kita.. kita tak mampu untuk memaksa dia menerima pandangan kita apatah lagi segera menukar sikapnya." allah tidak bertanya apakah kejayaan yang telah kita capai tetapi bertanya apakah yang kita telah usahakan, kerana kejayaan itu Allah yang menentukan.

Walaubagaimanapun saya sangat memahami bagaimana besarnya rasa malu, diperlekeh, diperkecilkan dan rasa marah apabila kita dipersalah didahapan khalayak ramai. Jika kita mengambil tindakan mendiamkan diri, rasa orang lain dipersekitaran kita juga menyalahkan kita pasti timbul. Hal ini mendorong kita mempertahankan diri dengan hujah2 kita pula. Sebenarnya kaedah itu hanya memburukan keadaan.
Percayalah tidak semua orang yang memerhati akan menyalahkan kita seperti yang kita rasa. Dan tindakan membalas hujah hanya akan menjadikan kita sama sahaja dengan orang yang panas baran tadi pada pandangan orang dipersekitaran kita.

Wallahua'lam

milo berkata...

Alhamdulillah baik, Tn. Hrp Tn dlm keadaan sihat hendaknya. Terima kasih atas pandangan Tn.

Salam lebaran!